SOALAN 1
Apakah matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah?- Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 "
SOALAN 2
Apakah strategi utama dalam Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Sekolah ?
- Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.
SOALAN 3
Apakah Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah ?
Diantara objektif Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah ialah :
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
- Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif an mengamalkan nilai-nilai murni.
- Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
SOALAN 4
Apakah prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah ?
Diantara prinsip-prinsip utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah :
- Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program Pendidikan Pencegahan Dadah.
- Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
- Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakukan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
- Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
- Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah "Sekolah Bebas Dadah"
Apakah matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah?
- Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran "Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 "