Jumaat, 29 Jun 2012

Penyalahan Penggunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.
Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:


  • Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
  • Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
  • Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Antara Jenis dadah yang digunakan ? 

Opium / Candu

  • Morfin ,Heroin , Euphoria , painkiller
                   -Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit 


Penenang

  • Anxiolystics /Anti anxiety drugs- Benzodiazepines
Alkohol

  • Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat apabila mengambil dos yang berlebihan

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
  • Resah gelisah
  • Prestasi kerja atau akedamik akan merosot
  • Perubahan sikap mendadak

Perubahan emosi secara tiba-tiba
  • Mengabaikan penampilan diri
  • bercakap merepek
  • Berkelakuan mencurigakan
kelihatan letih penat dan mamai
  • Ingin mencuba
  • Terikut-ikut
  • Amalan budaya
  • Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
  • Tekanan / cabaran dalam kumpulan
  • Bagi tujuan merawat
  • Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Rawatan 
Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan. Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).



Hidup Bebas Tanpa Dadah ! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan